Bab 6
“Abah tak apa-apa?”. Soal Luqman
Hakimi melihat kaki abahnya yang
berbalut itu. Tan Sri Hisyam menggeleng.
“Kenapa tak pergi kerja?”. Soal Tan
Sri Hisyam pula. Pelik, bila melihat Luqman berada di rumah.
“Lepas dapat tahu abah jatuh, terus
saya balik rumah. Macamana boleh jatuh?”.
“Tergelincir masa nak ambik wuduk
tadi”.
“Abah solat kat tempat stafkan?.
Bilik solat abah dah begitu luas dan selesa, kenapa nak pergi ke tempat staf
pula?”. Luqman Hakimi sudah bercekak pinggang. Sebenarnya radang dengan sikap
terlebih prihatin abahnya. Dah ada tempat yang selesa mahu juga berkongsi
dengan staf.
“Abah kalau boleh nak solat
berjemaah. Barulah dapat eratkan ukhuwah dengan staf yang ada”. Begitu humble
jawapan yang diberikan Tan Sri Hisyam. Dia memang begitu, kalau boleh sentiasa
mahu dekat dengan pekerjanya sendiri. Barulah kemesraan itu terjalin dan kerja
pun menjadi mudah. Luqman Hakimi hanya terdiam. Dah tak tahu hendak cakap apa
lagi.
“U ni kenapa? Dah tua-tua tak reti
nak berhati-hati?”. Tiba-tiba muncul Puan Sri Khalida dengan wajah cemberutnya.
Tan Sri Hisyam hanya mengeluh. Kalau dah begitu cara isterinya berbicara. Mesti
ada urusannya yang tergendala barangkali.
“Benda nak jadi Ida. I pun tak
minta?”. Balas Tan Sri Hisyam.
“I ni tengah meeting dengan
kawan-kawan I kat kelab. Kalau tahu tak adalah teruk mana. Tak payah I terkocoh-kocoh balik”. Selamba Puan Sri
Khalida mengherdik. Tan Sri Hisyam hanya memejam mata. Sakit kakinya tak
seberapa jika nak dibanding apa yang diucap isterinya itu begitu menyakitkan
jiwa. Semenjak berkahwin sehingga sekarang, layanan isterinya amat buruk
sekali. Tiba-tiba bayangan Zaimah muncul diruang ingatannya. Kalau Zaimah,
tentu indah sekali layanannya. Timbul penyesalan dalam hati.
“Kenapa mama tak pernah layan abah
dengan baik. What happen mom?”
“Abah kau ni memang tak harus layan
dengan baik. Biar dia rasa!”. Puan Sri Khalida sudah melangkah keluar dari
bilik utama mereka. Lebih baik dia ke kelab semula. Sambung kembali agenda yang
tergendala dari layan suami yang memang menyakitkan hatinya sejak dulu lagi.
Bila ingat perkara silam cepat saja hatinya membara. Luqman Hakimi pula yang
pening dengan tingkah kedua ibu bapanya. Sejak dia kecil lagi, memang kedua orang tuanya tak boleh berbaik.
Luqman Hakimi beredar dari bilik
abahnya bila dia pasti keadaan Tan Sri Hisyam sudah semakin pulih. Dia
merebahkan badannya diatas katil bersaiz kingnya itu. Kedua-dua tangan sudah
menampung kepalanya. Mata merenung syiling. Tapi fikiran sudah melayang entah
ke mana. Sedetik dia teringat wajah menyinga secretary barunya. Memang comel
bila dia marah. Dengan alis tebalnya, bulu mata lentiknya, hidung mancung,
kulit mulus. Cukup sempurna kecantikannya sebagai seorang yang diciptakan untuk
lelaki sepertinya.
Dia
senyum pula andai wanita itu menjadi mainannya. Mengisi masa lapang kekosongan
hatinya. Juga menjadi teman penghiburnya. Tapi dia tahu itu semua sangatlah
mustahil. Gadis ini berbeza personalitinya dengan kebanyakan gadis yang pernah
mendampinginya. Bila fikirkan cabaran Andrea, cepat saja dia berasa panas. Dia
tak boleh berputus asa. Dia kena mendapatkan gadis itu walau menggunakan taktik
kotor. Dia tidak boleh kalah pada Andrea.
Segera
dia bangun dari perbaringan, mula melaksanakan misi pertama. Mengintip
pergerakan secretary barunya itu.
Aku
mengucap syukur sangat-sangat. Si mamat kaya bajet hensem tu tak masuk ofis
semula lepas keluar rehat tadi. Urgent katanya. Lapang dada aku. Tak adalah nak
panas hati ingat apa yang dia buat
tengahari tadi.
Kalau dah tak ada kerja ni, kena
cari kerja jugak. Tak boleh duduk saja. Nampak sangat hari pertama malas.
Hmm…nak buat apa ye?. Meja aku dah siap kemas. Lengkap dengan dekorasi ikut mood aku. Baik pergi bilik
fail, baca apa saja maklumat berkaitan syarikat. Tak la nanti jadi ayam berak
kapur, apapun tak tahu. Baru berkira-kira nak melangkah pergi dah kena panggil
dengan Puan Liza.
“Ada apa Puan Liza?”.
“Nurin tak busykan?”. Pantas aku
menggeleng.
“Boleh taipkan iklan perjawatan
untuk kerani fail?. Lepas ni tolong hantar ke HR!”. Peluang kerjaya untuk Shira
ni. Aku senyum pula. Kalau offer terus kat Shira tak payah bazir masa dan
tenaga untuk iklankan jawatan ini.
“Hmm…er…Puan Liza?” Kenalah
berformal dah urusan kerja.
“Kalau saya bagi pendapat sikit
boleh?”. Ewah hari pertama kerja dah pandai nak beri pendapat. Sebenarnya lebih
kepada nak tolong kroni. Puan Liza sudah serius tatap muka aku. Tak sabar
barangkali nak dengar pendapat aku.
“Kalaulah jawatan kerani ni dah ada
calon, nak kena iklan juga ke?”
“Oh…ingat apa tadi. Kenapa?. Nurin
ada kawan yang layak ke?”. Laju aku angguk untuk soalan Puan Liza itu.
“Senang macam tu. Memang kita perlu
sangat kerani fail, kerani fail yang ada dah berhentilah pulak. Akak pun tak
faham?. Sekarang musim orang berhenti kerja kat syarikat ni ke?”. Tetiba Puan
Liza boleh keluar statement itu. Aku juga yang garu kepala. Tak tahu nak jawab
apa.
“Esok boleh bawa dia masuk kerja.
Nanti pergi ke HR minta dia orang taipkan surat lantikan. Katakan arahan Puan
Liza”. Nak je aku peluk Puan Liza masa tu juga. Mesti Shira seronok dapat kerja
kat sini. Tak adalah penat di Kedai Cenderamata Heart lagi. Dahla gaji ciput
kerja serupa lipas kudung. Kalau rehat sekejap, mesti kena jeling dengan Madam
Chia.
Luqman Hakimi menunggang Kawasaki
Ninja 250 R melewati bangunan Berjaya Corporation. Kemudian dia memarkirkan
superbike di sisi jalanraya sambil mata tak habis mengerling setiap manusia
yang keluar dari perut bangunan itu. Dia masih tercari-cari kelibat secretary
barunya yang genit dan comel itu. Puas mata menilik satu persatu manusia di
situ. Akhirnya dia terpaku melihat seorang gadis genit berbaju kurung bunga
kecil sedang tertunduk-tunduk menghulur tangan mencari sesuatu di dalam
longkang yang berair itu.
Dia ralit memerhati sehingga tangan gadis
itu mencempung haiwan kecil yang berbulu tebal itu. Kemudian gadis itu
menggosok beberapa kali tubuh itu yang mengiow kelaparan. Dia letakkan haiwan
itu ditepi jalan. Dia seluk pula beg sandangnya mencari sesuatu. Dikeluarkan
tuala kecil lalu dilap haiwan itu sehingga kering. Dihulurkan pula beberapa
keping biskut yang sedia ada didalam beg sandangnya. Setelah pasti haiwan kecil
itu tidak mengiow lagi. Gadis genit itu sudah senyum. Tangannya yang basah dan
kotor disimbah dengan air mineral yang ada sedia ada dalam botol minumannya
itu. Kemudian dilap pula dengan tuala tadi.
Luqman Hakimi tidak terkata. Kagum
seketika. Personaliti gadis genit itu memikat hatinya. Masih ada insan yang
begitu baik sekali. Begitu prihatin dengan sekeliling. Personaliti itu sama
seperti abahnya. Prihatin pada semua orang. Dia mengulum senyum. Teringat pada kata-kata gadis itu
tengahari tadi.
“Saya ni tak kaya macam encik nak
hulur wang untuk bersedekah. Cukuplah saya mencari pahala dengan senyum pada
orang”.
Sekarang
dia yakin lagi yang gadis itu sedang mengumpul pahala dengan membuat amal
kebajikan. Dia termalu sendiri. Walau punya kemewahan dia begitu lokek untuk
bersedekah. Gadis itu sudah memberi satu pengajaran buatnya hari ini.
“Nurin Kamila”. Dia sebut nama itu.
Memang istimewa betul gadis yang merangkap setiausahanya itu. Hatinya bagai
digaru untuk terus mengenali gadis genit yang comel ini. Dia melihat langkah
Nurin Kamila sehingga kelibatnya masuk ke dalam sebuah teksi. Dia hidupkan pula
enjin motosikalnya. Perlu mengekori gadis itu. Dia juga perlu membuat amal
kebajikan hari ini. Pastikan yang Nurin Kamila betul-betul selamat sampai
dirumahnya. Dia ketawa sinis. Agaknya amal kebajikannya ini diterima ALLAHkah?.
Dia tertanya sendiri.